• Pembinaan Surau Al-Amin Stunggang Melayu Hasil Amalan Bersatu Umat Islam

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+

    LUNDU: Bersatu menjadi aspek penting untuk membina kekuatan di kalangan umat Islam, kata Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Surau Al-Amin di Kampung Stunggang Melayu menurutnya menjadi contoh amalan bersatu yang diterapkan dalam merealisasikan pembinaannya.


    "Surau bernilai RM739,000 ini terbina hasil usaha banyak pihak termasuk pewakaf dan penderma yang memberi sumbangan," katanya ketika merasmikan Surau Al-Amin Kampung Stunggang Melayu hari ini.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Jamilah Anu.


    Pada majlis berkenaan, ADUN Jemoreng yang juga bekas Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya menyampaikan tazkirah.

    Wan Junaidi turut berharap silaturrahim yang terjalin dikalangan umat Islam dapat terus dipelihara.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pembinaan Surau Al-Amin Stunggang Melayu Hasil Amalan Bersatu Umat Islam "