• Pembinaan Jalan Pasi Ke Sibu-Tanjung Manis Mampu Tingkatkan Ekonomi Sarikei

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+

    SARIKEI: Calon Bariaan Nasional (BN) P.208 Sarikei Dato' Sri Huang Tiong Sii melahirkan kegembiraannya berikutan pengumuman projek pembinaan Jalan Pasi ke Sibu-Tanjung Manis oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Menurutnya, dengan pelaksanaan projek pembinaan jalan tersebut ianya akan meningkatkan ekonomi kawasan Sarikei dan bandar berdekatan.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.45 Repok menyeru semua kaum agar mengekal perpaduan yang telah terjalin.

    Mengulas mengenai Sekolah Cina, Huang berjanji akan memajukan Sekolah Cina yang ada di Sarikei.

    Katanya, untuk memastikan semua perancangan dapat dilaksanakan, rakyat perlu memberi sokongan padu kepada calon BN pada hari mengundi 9 Mei 2018 kelak.

    Beliau berkata demikian pada majlis Program Meet And Greet di Sungai Pantu dekat sini hari ini.- Sarawakiana

  • No Comment to " Pembinaan Jalan Pasi Ke Sibu-Tanjung Manis Mampu Tingkatkan Ekonomi Sarikei "