• Pembangunan Betong Untuk Peningkatan Ekonomi Penduduk Dan Kawasan

    Reporter: Anyin Ayeng
    Published: Monday, 7 May 2018
    A- A+


    KUCHING: Dalam pelan pembangunan di Bahagian Betong , kerajaan Barisan Nasional mengutamakan sektor pertanian dan industri alirannya untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat dan setempat.

    Ketua Pemuda BN Sarawak Gerald Rentap Jabu berkata, Betong terletak di dalam kawasan agropolitan Bukit Sadok yang merangkumi kawasan Parlimen Lubuk Antu, Betong, Saratok, Batang Lupar dan Sarikei.

    “Kawasan agropilitan ini dirancang sebagai kawasan ‘food basket’ negeri Sarawak. 

    “Pengunaan kaedah pertanian moden mengunakan ‘internet of things’ untuk penghasilan buah buahan dan sayur sayuran,” katanya ketika dihubungi sarawakiana.

     Jelasnya, daripada hasil ini dapat mengadakan industri aliran seperti krepek, kek , jus dan sebagainya.

    “Oleh sebab itu perancangan Ketua Menteri untuk mengadakan industrial estate dan airstrip supaya dapat menghasilkan produk disini dan dihantar terus ke pasaran di luar negeri.

    Ini dengan langsungnya menjadikan pertanian sebagai perdagangan.

    “Dari aspek pembangunan modal insan, kita mengutamakan bidang pendidikan dari prasekolah ke sekolah menengah,” ujarnya.

    Jelasnya lagi, pengunaan bahasa inggeris di peringkat sekolah dan juga di dalam masyarakat seperti di kampung kampung dan rumah rumah panjang akan terus di praktikkan.

    “Kita juga berterima kasih dengan kerajaan BN sepertimana yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang akan menyediakan Pusat Latihan Belia di Betong dengan kerjasama Yayasan Sarawak.

    “Pusat ini juga akan mengadakan kelas tusyen untuk anak anak sekolah terutamanya dalam matapelajaran sains, matematik dan inggeris,” tambahnya. 

    Rentap berkata, program Kerajaan BN lain seperti Rural Transformation Programme (RTP), eko pelancongan (eco tourism) , sports tourism , kebudayaan dan perpaduan masyarakat tetap akan diteruskan bagi mencapai setiap program berteraskan rakyat akan berlaku dengan jayanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pembangunan Betong Untuk Peningkatan Ekonomi Penduduk Dan Kawasan "