• Pemandu Viva Cedera Kemalangan Di Simpang Desa Wira

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 9 May 2018
    A- A+


    KUCHING: Seorang lelaki yang memandu kenderaan jenis produa Viva mengalami kecederaan di muka setelah terlibat dalam kemalangan di lampu isyarat simpang Desa Wira, Batu Kawa di sini awal pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka akibat hentakan pada stering kereta.

    Manakala, isteri beliau mengalami sakit belakang badan, seorang lagi mangsa perempuan mengalami kesakitan dibahagian kaki.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan mendapati kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Viva dengan tiga penumpang , Proton Wira dua penumpang dan sebuah Mitsubishi Triton seorang pemandu perempuan.

    “Bagaimana pun, pemandu serta penumpang kenderaan Proton Wira dan Mitsubishi Triton tiada mengalami apa-apa kecederaan,” katanya

    Katanya, rawatan awal telah dilakukan Pasukan EMRS Bomba terhadap ketiga-tiga mangsa yang berada dalam produa Viva, dan seterusnya dibawa ke hospital Umum Kuching menggunakan EMRS Bomba untuk rawatan lanjut. – Sarawakiana
  • No Comment to " Pemandu Viva Cedera Kemalangan Di Simpang Desa Wira "