• Pelakon Lucah Saman Trump Sebar Fitnah

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 1 May 2018
    A- A+

    NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Aktres porno yang mendakwa mempunyai hubungan sulit dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Stormy Daniels atau pemilik nama sebenar Stephanie Gregory Clifford menyaman pemimpin itu semalam kerana menyebar fitnah.

    Stephanie berkata Trump menipu di Twitter mengatakan dakwaan bahawa dirinya diugut jika bercerita mengenai hubungan seksual mereka adalah cerita karut.

    Tuntutan di mahkamah persekutuan di Manhattan itu memburukkan lagi pertikaian di antara Stephanie dengan Trump dan peguamnya, Michael Cohen, yang membayar aktres itu AS$130,000 (RM510,627) sebelum pilihan raya presiden AS 2016 untuk tidak bercakap mengenai dakwaan hubungan sulit sedekad lalu itu.

    Peguam mahupun Rumah Putih masih gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

    Cohen tidak dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah yang cuba mendapatkan ganti rugi pampasan dan hukuman, sebaliknya berdepan tuntutan fitnah berasingan oleh pelakon tersebut. - CNA

    Subjects:

  • No Comment to " Pelakon Lucah Saman Trump Sebar Fitnah "