• Pelajar SK Tanjong Bako Akhirnya Mendapat Kualiti Pendidikan Terbaik

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Sunday, 6 May 2018
    A- A+

    KUCHING: Kualiti pendidikan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Bako kini berada pada tahap lebih baik selepas bangunan baharu bernilai RM2.1 juta siap dibina dengan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

    Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bangunan baharu itu menempatkan enam bilik darjah, sebuah makmal sains dan blok pentadbiran.

    "Sekolah dengan persekitaran kondusif adalah harapan penduduk kawasan ini.

    "Ini kerana mereka mahu anak-anak yang bersekolah di sini mendapat kualiti pendidikan terbaik," katanya ketika merasmikan Bangunan IBS dan Padang SK Tanjong Bako di sini, hari ini.


    Bukan sahaja SK Tanjong Bako menurutnya, kerajaan turut memperuntukkan RM1 bilion untuk menaiktaraf dan membina baharu sekolah usang seluruh negara.

    "Inilah iltizam kerajaan yang ditadbir BN yang sentiasa meningkatkan kualiti pendidikan negara demi memastikan kejayaan dan kemajuan yang lebih menyeluruh," ujarnya.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni.-Sarawakiana


  • No Comment to " Pelajar SK Tanjong Bako Akhirnya Mendapat Kualiti Pendidikan Terbaik "