• Pekerja Rayu Bos Lempang Muka Seorang Demi Seorang Dan Akhirnya...

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Sunday, 6 May 2018
    A- A+

    PENGURUS sebuah syarikat hartanah bertindak menampar ejen-ejennya kerana tidak dapat mencapai sasaran mereka.

    Apa yang mengejutkan, hukuman 'lempang di muka' itu dipilih sendiri oleh ejen-ejen berkenaan yang tidak menunjukkan prestasi yang baik.

    Malah, menurut laporan mereka telah merayu supaya hukuman itu dikenakan terhadap mereka.

    Kejadian dilaporkan berlaku di Yichang, wilayah Hubei, China.

    Dalam satu rakaman video tular, enam pekerja lelaki telah dimarahi kerana sikap mereka sendiri di pejabat, oleh itu mereka diminta memberikan satu jalan penyelesaian, Mailonline melaporkan.

    Video adegan tersebut yang tular selepas dikongsi dalam kalangan kumpulan mesej tempatan di WeChat menunjukkan pekerja-pekerja beratur dan kemudian ditampar oleh seorang pengurus wanita seorang demi seorang.

    Klip itu juga telah dikongsi dan disiarkan di Weibo, platform media sosial di China.

    Mr Hu, yang bekerja di syarikat hartanah itu dipetik oleh Huanqiu.com sebagai berkata bahawa video itu dirakamkan semasa mesyuarat penilaian bulanan pada April.

    Menurutnya, apabila pengurus wanita itu meminta ejen memutuskan hukuman untuk memperbaiki prestasi mereka, mereka meminta supaya wajah mereka ditampar.

    Malah mereka berulang kali meminta pengurus Zhang melakukannya.

    Terdapat bantahan besar terhadap video itu, dengan pengguna web membidas Zhang gara-gara hukuman tersebut.

    Dia terpaksa berhenti kerja selepas dilanda kontroversi melakukan serangan fizikal. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Pekerja Rayu Bos Lempang Muka Seorang Demi Seorang Dan Akhirnya... "