• Peguam Negara Kerja Macam Biasa

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 14 May 2018
    A- A+

    Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tetap masuk ke pejabatnya seperti biasa hari ini.

    Difahamkan, beliau tiba kira-kira jam 8.30 pagi di Jabatan Peguam Negara, Presint 4 di Putrajaya.

    Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan menggantikan Mohamed Apandi dengan individu lain bagi menjalankan tugas sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan dan Pendakwa Raya.

    Dr Mahathir turut menyatakan kerajaan di bawah pimpinannya yang baharu dibentuk ini, tidak mempunyai Peguam Negara.

    Beliau berkata, keputusan untuk menggantikan Peguam Negara sedia ada dibuat bagi membolehkan Apandi disiasat terhadap keputusannya yang disifatkan beliau sebagai salah, terutama berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Mohamed Apandi ketika dihubungi NSTP Sabtu lalu, enggan mengulas berhubung kenyataan Dr Mahathir itu.

    Sementara itu, tinjauan NSTP di Jabatan Peguam Negara hari ini mendapati wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi media berkumpul bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung Mohamed Apandi.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Peguam Negara Kerja Macam Biasa "