• Patung Barbie Dalam Lubang Kejutkan Penduduk

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 4 May 2018
    A- A+

    BERANG dengan jalan berlubang dan tidak dibaik pulih oleh pihak berkuasa, seorang lelaki telah membeli patung di sebuah kedai lalu memasukkan patung itu dalam lubang tersebut.

    Neville Daytona, 56, memilih patung ala Barbie untuk diletakkan dalam lubang yang dipenuhi air.

    Menurutnya, patung itu sepatutnya memberi amaran kepada pengguna jalan raya bahawa jalan itu berlubang dan mereka akan lebih berhati-hati serta mengelak lubang tersebut.

    Ternyata tindakan yang diambil oleh Daytona itu berkesan kerana pihak Majlis Swindon Borough telah memulakan langkah untuk mengatasi masalah jalan berlubang berkenaan.

    “Jalan ini teruk. Semua orang merungut mengenainya. Saya menunggang motosikal, berbasikal dan memandu. Anda terpaksa mengelak lubang ini jika tidak memang akan kemalangan.

    “Jadi saya memikirkan untuk melakukan sesuatu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Patung Barbie Dalam Lubang Kejutkan Penduduk "