• Pandelela Gagal Tambah Koleksi Pingat Di Kazan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Sunday, 6 May 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg gagal menambah koleksi pingat peribadinya pada pusingan akhir Siri Terjun Dunia FINA 2018 di Kazan, Rusia apabila menamatkan saingan di kedudukan terakhir dalam acara 10 platform wanita final.

    Penerjun berusia 25 tahun itu hanya sekadar mengutip 318.65 mata menerusi lima terjunan untuk menduduki tempat keenam dan terakhir pada saingan akhir itu yang berlangsung di Kazan Aquatics Palace, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), www.fina.org.

    Atlet berasal dari Sarawak itu memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform berirama wanita, bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada Jumaat.

    China meneruskan penguasaan pada kejohanan itu apabila menduduki tempat teratas dalam acara berkenaan menerusi pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Ren Qian, yang mengumpul 389.10 mata.

    Sementara pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik penerjun Korea Utara Kim Mi-rae (362.35 mata) dan Melissa Wu (351.80 mata) dari Australia.

    Dalam pada itu, Jun Hoong gagal meloloskan diri ke final acara berkenaan apabila menduduki tempat kelima daripada enam penerjun di peringkat separuh akhir A, selepas mengutip 296.10 mata. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pandelela Gagal Tambah Koleksi Pingat Di Kazan "