• Padah Masak, Jamah Haiwan Dilindungi

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 16 May 2018
    A- A+


    PHNOM PENH – Seorang wanita warga Kemboja ditahan selepas dia merakamkan aksi memasak dan menjamah beberapa haiwan liar dilindungi.
    Ah Lin Tuch dan suaminya, Phoun Raty membuat rakaman video dan kemudian memuatnaiknya ke Youtube untuk menjana pendapatan AS$500 (RM1,978) menerusi iklan tajaan Google yang ditunjukkan pada klip video berkenaan.

    Ibu kepada seorang anak itu tanpa rasa bersalah menjamah ular tedung selar, jerung dan beberapa spesies burung dilindungi yang dimasak di dalam hutan berhampiran kediaman mereka di Phnom Penh.

    Perbuatan tersebut mencetuskan kemarahan banyak pihak sehingga menyebabkan Kementerian Alam Sekitar memburu pasangan suami isteri terbabit minggu lalu.

    Mereka akhirnya tampil dan mengaku melakukan perbuatan tersebut dan turut memohon maaf.

    “Kami dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

    “Kebanyakan haiwan yang dimasak itu bukan spesies terancam, namun ia dilindungi. Hanya satu spesies fishing cat (kucing bakau) yang diancam kepupusan,” kata Ketua Direktorat Umum untuk Pentadbiran Perlindungan dan Pemuliharaan Alam Sekitar, Chea Sam Arng.

    Difahamkan, pasangan terbabit telah memadamkan sebahagian klip kontroversi itu. – Daily Mail/mStar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Padah Masak, Jamah Haiwan Dilindungi "