• Padah Cuba Rogol Jiran Sendiri, Lelaki Arab Dipenjara 3 Tahun

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 3 May 2018
    A- A+

    SEORANG lelaki warga Arab dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Ras Al Khaimah selepas disabitkan kesalahan cuba merogol jirannya yang merupakan seorang wanita Asia.

    Berdasarkan rekod mahkamah, tertuduh telah menceroboh rumah wanita itu dan cuba merogolnya ketika mangsa sedang tidur di sebuah bilik.

    Cubaan lelaki itu bagaimanapun gagal apabila mangsa berjaya melawan dan menghalau tertuduh keluar dari rumah sebelum membuat laporan polis.

    Lelaki itu kemudian ditahan untuk soal siasat.

    Dalam pendakwaannya, wanita itu memberitahu mahkamah yang dia terkejut apabila terlihat kelibat jirannya itu berada di dalam bilik tidurnya.

    "Saya melawan ketika dia cuba cabul saya; saya sempat ambil gambar dia dan terus laporkan kepada polis,” kata mangsa itu lagi.

    Tertuduh ketika disoal balas memberitahu mahkamah bahawa mereka sering bertegur sapa sebagai jiran.

    "Dia selalu duduk di tepi tingkap yang menghadap rumah saya. Saya tak dapat menahan diri lalu menceroboh masuk rumahnya." - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Padah Cuba Rogol Jiran Sendiri, Lelaki Arab Dipenjara 3 Tahun "