• Padah Buka 'Tingkap' Pesawat

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+


    GARA-GARA tidak tahan keadaan sesak dan pengap di dalam kapal terbang ketika menunggu giliran untuk berlepas, seorang lelaki di China bertindak membuka ‘tingkap’ pesawat untuk mengambil angin.

    Namun, 'tingkap' yang dibuka lelaki itu sebenarnya ialah pintu kecemasan kapal terbang berkenaan.

    Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Mianyang Nanjiao turut menyebabkan pintu kecemasan dan laluan kecemasan dibuka, lapor South China Morning Post.

    Susulan kejadian, lelaki itu ditahan polis selama 15 hari kerana menyalahgunakan kemudahan penerbangan

    Ketika ditahan, lelaki berusia 25 tahun itu yang dikenali dengan nama Chen memberitahu polis yang dia tidak tahu bahawa itu ialah pintu kecemasan.

    Chen didenda AS$11,000 (RM43,191.50) atas perbuatannya itu.

    Hanya kerana tidak tahan panas di dalam kapal terbang, seorang lelaki di China buka tingkap untuk ambil angin. Foto: South China Morning Post

    Kejadian hampir sama pernah berlaku di lapangan terbang China pada April 2016 di mana seorang lelaki berusia 30 tahun telah membuka pintu kecemasan untuk mengambil angin walaupun dilarang kru penerbangan.

    Lelaki itu ditahan dan didenda AS$78.95 (kira-kira RM310). - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Padah Buka 'Tingkap' Pesawat "