• Netanyahu Dakwa Punya Bukti Senjata Nuklear Iran

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 1 May 2018
    A- A+

    BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa beliau mempunyai ‘bukti’ berhubung rancangan senjata nuklear Iran yang berkemungkinan akan diaktifkan bila-bila masa sahaja.

    Beliau menyatakan Israel mempunyai puluhan ribu fail beberapa minggu lalu yang mendakwa senjata nuklear Iran sudah dipindahkan ke kawasan rahsia di Tehran pada tahun lalu.

    “Malam ini kita akan mendedahkan bukti baharu dan kukuh mengenai program senjata nuklear rahsia yang disembunyikan oleh Iran selama bertahun-tahun daripada masyarakat antarabangsa.

    “Kami akan menunjukkan kepada anda, fail rahsia senjata nuklear Iran,” ujar Netanyahu.

    Dalam pada itu, stesen televisyen Iran menafikan dakwaan Netanyahu berkenaan dan menyatakan tuduhan terbabit sebagai satu propaganda.

    “Kenyataan beliau bukanlah perkara baharu...penuh dengan dakwaan tidak berasas...dan propaganda terhadap kerja nuklear Iran,” menurut laporan stesen berkenaan. - AFP/REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Netanyahu Dakwa Punya Bukti Senjata Nuklear Iran "