• Nak Panjat Pagar, Tertembak Diri Sendiri

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 24 May 2018
    A- A+


    BUENOS AIRES – Seorang lelaki maut akibat tertembak diri sendiri ketika memanjat pagar selepas dia cuba membunuh kekasih bekas teman wanitanya di sebuah bandar di Argentina.

    Beberapa gambar menunjukkan mayat Anibal Fernandez tersangkut di atas pagar di luar rumah bekas teman wanitanya di bandar General Pinedo kelmarin.

    Media tempatan melaporkan, Fernandez yang bersenjatakan raifal ke rumah bekas teman wanitanya, Carina Carabajal dengan niat untuk menyerang kekasih wanita itu, Daniel Campos yang tinggal di situ.

    Fernandez dilaporkan menceroboh kediaman berkenaan sebelum bertengkar dengan Campos dan menembak lelaki itu empat kali di tangan serta satu di dada.

    Apabila Fernandez melarikan diri, Carina terdengar bunyi tembakan di luar rumahnya.

    Carina kemudian bergegas keluar rumah dan melihat Fernandez tersangkut di atas pagar dengan darah meleleh di bawahnya.

    Fernandez dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Campos terselamat dan dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

    Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa masih menyiasat kejadian itu tetapi mengesahkan Fernandez mati akibat tertembak dirinya sendiri.

    -- MYNEWSHUB

    Subjects:

  • No Comment to " Nak Panjat Pagar, Tertembak Diri Sendiri "