• Najib Ucap Selamat Mengundi Kepada Rakyat Malaysia

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 9 May 2018
    A- A+


    Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak menunaikan tanggungjawab itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini.

    "Kepada semua rakyat Malaysia yang layak, selamat menunaikan kewajiban dan selamat mengundi saya ucapkan!

    "Buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan negara, semoga terus hebat dan bertambah hebat Malaysia, Insya-Allah. #PRU14 #HidupRakyat #HebatkanNegaraku, " katanya menerusi Twitter rasminya pagi ini.

    Proses pengundian bagi PRU14 bermula 8 pagi dengan 8,253 pusat mengundi dibuka serentak di seluruh negara.

    Seramai 14,449,200 orang daripada jumlah keseluruhan 14,940,624 pemilih berdaftar akan mengundi mulai 8 pagi hingga 5 petang ini.

    Baki pemilih lain merupakan pengundi tidak hadir luar negara, pengundi pos dan pengundi awal.

    Proses pemilihan bagi menentukan kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang itu melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ucap Selamat Mengundi Kepada Rakyat Malaysia "