• Musa Dakwa Masih Ketua Menteri Sabah Yang Sah

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 14 May 2018
    A- A+

    KOTA KINABALU - Tan Sri Musa Aman mendakwa bahawa beliau masih Ketua mMenteri Sabah yang sah dan masih belum meletakkan jawatan.

    Setiausaha Akhbarnya, Afeiza Khan dalam kenyataan satu perenggan berkata : "Harap maklum bahawa tiada yang berubah. YAB Tan Sri Musa Haji Aman tidak meletakkan jawatan. Beliau masih Ketua Menteri yang sah".

    Bagaimanapun tiada sebarang penjelasan diberikan mengenai isu itu.

    Musa yang merupakan pengerusi perhubungan Barisan Nasional (BN) Sabah, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10 Mei malam setelah parti itu mendakwa memperolehi majoriti mudah dengan memperolehi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang memperolehi dua kerusi bergabung dengan BN

    Semalam Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-15 di Istana Negeri di sini dan sekali gus menggantikan kerajaan gabungan BN dan Star selepas hilang majoriti mudah.

    Mohd. Shafie dilantik Ketua Menteri selepas memperolehi majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Parti Warisan bersama sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP serta enam ADUN dari BN iaitu empat dari UMNO dan dari UPKO yang berpaling tadah kepada parti Warisan. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Musa Dakwa Masih Ketua Menteri Sabah Yang Sah "