• Murid Tadika Diseret, Dihentak Ke Almari Oleh Guru

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 5 May 2018
    A- A+

    HUNAN: Seorang murid tadika di China mengalami kecederaan parah di kepala setelah diheret dari tempat duduk lalu dihentak ke almari oleh gurunya, lapor Daily Mail.

    Liao Ziyu, 5 tahun, mengalami pendarahan di kepala dan terpaksa menerima tiga jahitan akibat tindakan kejam guru terbabit.

    Menurut bapa Ziyu, ketika kejadian seorang murid menarik rambut anaknya, dan apabila Ziyu menoleh ke belakang, dengan tidak semena-mena guru yang dikenali sebagai Guo itu marah lalu menyeret Ziyu ke hadapan kelas.

    Guru itu kemudian menghempas tubuh anak kecil itu ke almari.

    Pengetua tadika yang menyedari insiden terbabit segera mengejarkan kanak-kanak itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

    Laporan polis kemudian dibuat ibu bapa Ziyu, Guo mendakwa ketika kejadian emosinya tidak stabil dan dia tidak sengaja mahu berbuat demikian.

    Guo dikenakan denda dan ditahan selama 15 hari kerana mendatangkan kecederaan teruk.

    Pihak tadika turut meminta maaf dan diarah tutup selama seminggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Murid Tadika Diseret, Dihentak Ke Almari Oleh Guru "