• Mohamad Nordin Dilantik KP Jakim Baharu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Sunday, 13 May 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pengarah jabatan itu yang baharu berkuat kuasa 17 Mei ini.

    Tan Sri Othman Mustapha dalam kenyataan hari ini berkata tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pengarah Jakim tamat pada 16 Mei ini.

    “Majlis penyampaian surat pelantikan beliau (Mohamad Nordin) sebagai Ketua Pengarah telah diadakan pada 7 Mei di Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

    Othman berkata Mohamad Nordin, 58, mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Klang, Selangor sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (B.A) Usuluddin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1982 dan Sarjana Pengajian Islam (M.A) Tamadun Islam, UKM pada tahun 2000.

    Menurutnya lagi Mohamad Nordin juga pernah mengikuti Leadership Programme di University Oxford, United Kingdom pada tahun 2013.

    Othman berkata Mohamad Nordin telah berkhidmat dalam kerajaan selama lebih 34 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam pada 31 Jan 1984.

    Tambahnya Mohamad Nordin berpengalaman luas dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam melalui kariernya di pelbagai tempat dan bahagian sepanjang tempoh perkhidmatan.

    ​​​​​​”Dengan kredibiliti, pengetahuan dan pengalaman luas beliau dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia, ditambah dengan integriti tinggi yang dimiliki, saya yakin dan percaya beliau mampu meneruskan visi dan misi Jakim untuk memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada rakyat,” katanya.

    ​​​​​​​Othman turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan yang telah memberi kepercayaan kepadanya sebagai Ketua Pengarah Jakim selama lebih tujuh tahun. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Mohamad Nordin Dilantik KP Jakim Baharu "