• Misi angkasa lepas Singapura tertangguh

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 15 May 2018
    A- A+

    SINGAPURA - Seorang juruterbang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) terpaksa menangguhkan percubaannya ke angkasa lepas disebabkan oleh ‘corak cuaca’, menurut timbalan pengarah kempen projek tersebut, Patsy Ong, semalam.

    Yip Chuang Syn yang berkhidmat sebagai seorang juruterbang selama lebih 20 tahun, dijangka mencecah paras ketinggian yang akan mengatasi paras yang pernah dicapainya sebelum ini.


    Namun pelancaran kapsulnya dari Alice Springs di Australia terpaksa ditunda buat sementara waktu.

    “Ramai yang tidak menjangkakannya kerana apabila anda terlibat dalam sesebuah misi, anda bertekad untuk melaksanakannya,” kata Ong mengenai usaha Chuang Syn.

    Menurut Ong, Chuang Syn sudah melakukan latihan lengkap dan menjalani ujian selama dua jam dalam kapsul.

    Meskipun sudah membuat persiapan secara teknikal, “corak cuaca di luar kawalan kami” dan pasukan itu menambah bahawa “angin terlalu kencang (dan ia berbahaya) untuk meneruskan misi”.

    “Angin semakin kencang dan jelas arus udara jet (terlalu kencang) sehingga misi kami terpaksa ditunda buat masa ini kerana ini semua di luar kawalan kami.

    “Risikonya sangat besar sekali,” kata Ong.

    Mengulas tentang bila projek itu akan dapat diteruskan, penasihat misi itu, Profesor Pao Chuen, berkata bahawa ia akan mengambil masa antara enam hingga 12 bulan.

    “Banyak sekali sumber yang digunakan dalam misi ini dan kami perlu menunggu antara enam hingga 12 bulan untuk percubaan selanjutnya. Jadi percubaan selanjutnya tidak mungkin dalam tempoh dua minggu ini,” katanya.

    Projek ini diterajui oleh usahawan Lim Seng yang juga pengasas syarikat teknologi Singapura, IN.Genius. - CNA


    Subjects:

  • No Comment to " Misi angkasa lepas Singapura tertangguh "