• Mayat Terakhir Bot Karam Ditemukan Pagi Tadi

    Reporter: M. H. W.
    Published: Sunday, 27 May 2018
    A- A+

    JULAU - Mayat terakhir tragedi bot karam di Sungai Kanowit, Nanga Ensiring telah ditemukan pada pukul 7.15 pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Bidol Noyeng berkata, mayat tersebut dikenal pasti sebagai Eviline Linty Kaya, 23, ditemukan di kawasan Lubuk Tabau, Sungai Kanowit.

    “Mayat mangsa itu telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

    “Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan serta-merta setelah kesemua mangsa ditemukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

    Terdahulu, tiga sekeluarga hilang selepas bot dinaiki karam dihanyut arus deras di lokasi itu pada Jumaat lalu.

    Mangsa pertama, Lenny Igang, 54, ditemukan pukul 12 tengah hari pada Jumaat lalu manakala mayat kedua iaitu kanak-kanak berusia 6 tahun, Kelvin Sama Markus pukul 7 pagi semalam. - UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Mayat Terakhir Bot Karam Ditemukan Pagi Tadi "