• Maut Main Sembunyi Dalam Mesin Pengering Baju

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+

    SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas bersembunyi di dalam alat pengering baju, ketika bermain permainan sembunyi-sembunyi dengan kawan-kawannya.

    Fernando Hernandez Jr. dari Houston, Texas maut akibat renjatan elektrik.

    Mesin itu terletak di bilik dobi di pangsapuri yang didiami Fernando sekeluarga. Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    Keluarganya cuba memberikan bantuan CPR, namun Fernando sudah meninggal dunia.

    Dalam pada itu, ibunya Christina Rodriguez, berkata dia dimaklumkan mengenai Fernando oleh seorang lagi anaknya.

    “Saya sedang memasak….dan anak saya memberitahu abangnya terbaring di lantai,” kata Christina.

    Disember lalu, Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran mengenai beberapa kes kematian melibatkan kanak-kanak dalam pengering baju. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Main Sembunyi Dalam Mesin Pengering Baju "