• Lelaki Disyaki Curi Kabel Terkena Renjatan Elektrik

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+


    SANTUBONG: Seorang lelaki dipercayai cuba mencuri kabel ditemukan tersangkut di tiang elektrik terkena renjatan berhadapan kawasan Perumahan Sentoria, Jalan Pasir Pandak malam tadi.

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 10.25 malam.

    Katanya, setibanya di tempat kejadian suspek didapati telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pihak ambulans.

    “Beberapa perkakasan dipercayai digunakan untuk memotong kabel bersama kabel tembaga yang telah dipotong, dompet dan telefon bimbit ditemukan berhampiran tiang elektrik tempat suspek tersangkut.

    “Suspek berada dalam keadaan kritikal ketika ini terpaksa ditidurkan berikutan melecur 80 peratus pada bahagian badan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

    Tambahnya, suspek difahamkanbperlu direhatkan kerana kesan kecederaannya terlalu menyakitkan dan boleh menyebabkan dia hilang kawalan.

    “Polis telah mendapat keterangan juruteknik SESCo Berhad (SESCo) yang turut membuat laporan.

    “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 431A /511 Kanun Keseksaan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Lelaki Disyaki Curi Kabel Terkena Renjatan Elektrik "