• Lelaki Didakwa Sembelih Lembu Mati Dibelasah

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 21 May 2018
    A- A+

    NEW DELHI – Seorang lelaki Muslim yang didakwa menyembelih seekor lembu, dibelasah sampai mati oleh sekumpulan penduduk di tengah India dalam kes pembunuhan terbaru membabitkan haiwan yang dianggap suci oleh penganut Hindu.

    Seorang tukang jahit, Siraj Khan, 45, diserang di daerah Satna, negeri Madhya Pradesh, awal kelmarin dan meninggal dunia di tempat kejadian, kata pegawai polis tempatan, Arvind Tiwari, kepada AFP.

    Rakan Kahn, Shakeel Maqbool, turut diserang dan dimasukkan ke hospital kerana cedera parah.

    Akhbar Press Trust of India melaporkan 400 anggota polis tambahan dihantar ke daerah itu lewat semalam.

    “Kami sudah menahan empat suspek… Kami sedang menyiasat apa yang mencetus serangan ini,” kata Tiwari. – AFP/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Didakwa Sembelih Lembu Mati Dibelasah "