• Larry Sng berharap bawa perubahan di Julau

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 10 May 2018
    A- A+
    JULAU, 10 Mei (Bernama) -- Calon bebas yang memenangi kerusi Parlimen Julau, Larry Soon @Sng Wei Shien berkata beliau menahruh harapan untuk membawa perubahan ke kawasan parlimen itu, Sarawak dan negara.

    Dalam ucapan ringkas selepas kemenangan, beliau berkata sejarah telah terpahat dengan kemenangan itu.

    "Saya berharap untuk bekerjasama dengan semua parti menuju ke era baharu," kata beliau.

    Larry membuat kejutan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Joseph Salang Gandum yang juga setiausaha agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan timbalan menteri Luar dengan majoriti 1,941 undi.

    Sng mendapat 10,105 undi sementara Salang, penyandang kerusi Julau bagi penggal keempat memperoleh 8,174 undi dalam pertandingan satu lawan satu.-- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Larry Sng berharap bawa perubahan di Julau "