• LAPORAN PENGAUDITAN 1MDB DIKELASKAN SEBAGAI DOKUMEN TERBUKA

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 15 May 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) – Laporan Pengauditan 1MDB telah dikelaskan semula sebagai dokumen terbuka, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

    Dalam kenyataan hari ini, Madinah berkata Laporan Pengauditan 1MDB dikelaskan sebagai “Rahsia” pada 22 Jan 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.

    “Saya memaklumkan bahawa Laporan Pengauditan 1MDB tersebut dikelaskan semula sebagai dokumen terbuka dan Ringkasan Eksekutif mengenainya boleh didapati di portal Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my,” katanya.

    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata  beliau telah
    mengarahkan supaya status rahsia laporan 1MDB yang diklasifikasikan  di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) digugurkan.-- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " LAPORAN PENGAUDITAN 1MDB DIKELASKAN SEBAGAI DOKUMEN TERBUKA "