• Laluan S'pura-KL Rangkaian Udara Paling Sibuk Di Dunia

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 4 May 2018
    A- A+


    SINGAPURA: Laluan Singapura-Kuala Lumpur adalah rangkaian udara paling sibuk di dunia, dengan sejumlah 30,537 penerbangan direkod antara kedua-dua bandaraya dalam tempoh 12 bulan yang berakhir pada Februari 2018, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan akhbar Straits Times.

    Menurut laporan Straits Times pada Jumaat memetik kenyataan konsultan industri penerbangan OAG, laluan Singapura-Kuala Lumpur diikuti rangkaian udara antara Hong Kong dan Taipei serta Singapura dan Jakarta, yang masing-masing mempunyai 28,887 dan 23,704 penerbangan bagi tempoh sama.

    Pengarah Jualan Serantau OAG bagi Jepun dan Asia Pasifik, Mayur Patel, berkata 14 daripada 20 laluan paling sibuk di dunia, termasuk lapan daripada 10 tempat teratas, adalah antara bandar raya di Asia.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Laluan S'pura-KL Rangkaian Udara Paling Sibuk Di Dunia "