• Kumpulan Telanjang Dibenar Lawat Muzium

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 7 May 2018
    A- A+


    SEBUAH muzium di Paris menjadi muzium pertama yang buka pintu kepada kumpulan nudist, iaitu mereka yang telanjang bulat untuk lawat pameran di situ pada Sabtu lalu, mengikut waktu ditetapkan.

    Dengan kebenaran itu, kumpulan yang tidak tahu malu itu menganggap ia sebagai kejayaan besar kepada mereka dalam kempen yang dilakukan di dunia, untuk membolehkan mereka mengamalkan kehidupan sesat tersebut.

    Sebanyak 160 pas masuk telah dijual kepada golongan nudist di Muzium The Palais de Tokyo itu.

    The Palais de Tokyo mengikut jejak taman Bois de Vincennes di Perancis yang membuka taman khas untuk golongan sesat tersebut pada tahun lepas.

    Kumpulan tersebut juga menganggap mentaliti masyarakat pada masa kini kononnya sudah berbeza.

    Menurut persatuan nudist di Paris, setakat ini ia mempunyai 88,000 pengikut di kota raya berkenaan manakala keseluruhan golongan itu di seluruh Perancis dianggarkan 2.6 juta orang.

    Sasaran seterusnya ialah untuk membolehkan kelab malam nudist pula yang dirancang tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kumpulan Telanjang Dibenar Lawat Muzium "