• Klinik Kesihatan Bintawa Hilir Dibina Guna Duit GST

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Sunday, 6 May 2018
    A- A+

    KUCHING: Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kampung Bintawa Hilir adalah contoh program pembangunan yang disalurkan menerusi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

    Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, projek bernilai RM500,000 itu dijangka mula dibina Julai tahun ini.

    Malah menurutnya, tempoh pembinaan klinik tersebut dijangka dalam masa enam bulan.

    "Sebelum parlimen dibubar saya telah meluluskan RM500,000 iaitu masing RM200,000 pada Mac kemudian awal April (RM200,000) dan seterusnya selepas parlimen dibubar juga RM200,000.

    "Untuk pengetahuan semua inilah hasil GST yang selama ini menjadi persoalan banyak pihak terutama melibatkan aliran duit cukai ini dibelanjakan," katanya ketika Majlis Pecah Tanah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kampung Bintawa Hilir di sini, hari ini.

    Menurutnya lagi, infrastruktur kesihatan memang menjadi keutamaan BN.

    "Ia bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik," ujarnya.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.-Sarawakiana


  • No Comment to " Klinik Kesihatan Bintawa Hilir Dibina Guna Duit GST "