• Ketua ISIS bakar juruterbang Jordan ditahan

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 16 May 2018
    A- A+

    KETUA ISIS yang dipercayai membakar seorang juruterbang warga Jordan hidup-hidup telah ditahan bersama empat lagi anggota kanan kumpulan militan itu.

    Saddam al-Jamal yang juga warga Syria ditahan di Iraq minggu lalu.

    Penahanan itu dilakukan pegawai risikan Syria menggunakan telefon bimbit Ismail al-Athawi, seorang leftenan ISIS yang berjaya ditangkap pada Februari lalu.

    Diangkat sebagai pemimpin masa depan kumpulan militan, al-Jamal dikenali kerana kekejamannya.

    Pihak berkuasa Jordan mendakwa dia terlibat dalam pembunuhan kejam juruterbang Muath al-Kasasbeh pada 2015.

    Pesawat yang dikendalikan al-Kasasbeh ditembak jatuh di Raqqa, Syria pada Disember 2014.

    Beberapa minggu kemudian, ISIS mendedahkan sebuah video menunjukkan juruterbang itu dibakar hidup-hidup di dalam sangkar.

    Al-Jamal yang juga bekas komander dalam angkatan Tentera Bebas Syria (FSA) ketika bertempur menentang tentera Presiden Bashar al-Assad turut terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai di Deir Ezzor, Syria.

    Dia turut mengarahkan pembunuhan kanak-kanak, ada kalanya di hadapan ibu bapa mereka. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Ketua ISIS bakar juruterbang Jordan ditahan "