• Kerajaan Sarawak Tidak Pernah Berhenti Perjuang MA63

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 23 May 2018
    A- A+

    Untuk pengetahuan semua..apa yang kerajaan negeri Sarawak laksanakan dan usahakan sebelum PRU 14.

    Siri rundingan berkenaan penyerahan kembali kuasa kepada Negeri Sarawak (Devolution of Power atau DOP) yg telah kerajaan negeri Sarawak mulakan melibatkan beberapa fasa.

    Fasa pertama:
    Mengenai Kuasa Pentadbiran atau penurunan kuasa ; DAN

    Fasa Kedua
    Mengenai Hak-Hak Negeri Di Bawah Perlembagaan; di sinilah peringkat rundingan yang kita berada sekarang.

    Bagi tujuan rundingan Fasa 1, Kabinet Persekutuan yang dulu telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) bagi membincangkan hal-hal berhubung penurunan kuasa (DOP) .
    c) Fasa Ketiga

    Kewangan

    Atas usaha semua pihak, kerajaan Sarawak dan Persekutuan telah berjaya menemui kata sepakat dan persetujuan dalam 13 perkara ( penurunan kuasa pentadbiran) bersama Kerajaan Persekutuan.

    Perkara -perkara tersebut adalah:

    1. Kuasa Untuk Mendakwa (Power of Prosecution -DPP)
    Di mana sekarang pegawai-pegawai Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan diberi kuasa bagi membuat pendakwaan dan mengendalikan kes pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Ordinan Negeri. Jika dulu kuasa ini dipegang oleh

    Peguam Besar Negara

    2. Kerajaan Pesekutuan bersetuju untuk memohon nasihat dari Kerajaan Negeri sebelum memberi sebarang Permit Bagi Perikanan Laut Dalam(Deep Sea Fishing Permit).

    3. Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bersetuju untuk mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan jumlah pelajar anak Sarawak dalam program Ijazah Perubatan di Universiti Awam, Malaysia. Buat masa sekarang UNIMAS telah dipertanggungjawabkan untuk menawarkan quota sebanyak 80% kepada anak Sarawak dalam bidang tersebut.

    4. Penurunan Kuasa dalam hal berkaitan Alam Sekitar (Environmental Quality Act 1974). Undang- undang Persekutuan yang melibatkan Kerajaan Negeri atau apa apa dalam Negeri Sarawakmestilahberkonsultasi atau merujuk terlebih dahulu dengan Kerajaan Negeri

    5. Pembangunan Projek-projek Perumahan di Sarawak.
    Bagi perkara ini Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mencapai persetujuan untuk bekerjasama sebagai satu komiti yang bertanggungjawab mengendalikan hal hal pembangunn perumahan.

    6. Penurunan kuasa kepada Jabatan Kebajikan Sarawak di mana jawatan jawatan serta fungsi fungsi jabatan akan diturunkan kepada penjawat awam Negeri Sarawak.

    7. Kerajaan Persekutuan dan Kerjaaan Negeri bersama-sama bersetuju untuk menguruskan pembangunan sukan di Sarawak.

    8. Jabatan Imegresen Sarawak akan di naik taraf melalui penambahan 100 jawatan kosong. Setakat ini, 99 kekosongan tersebut telah diisi.

    9. Bilangan guru-guru yang bertugas di Sarawak daripada golongan anak jati Sarawak akan dinaikkan kepada 90% pada tahun 2018.

    10. Kerajaan Negeri Sarawak akan dirujuk dalam pengubalan mana-mana Federal Legislation (undang-undang) jika ianya mungkin memberi kesan kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

    11. Sebarang perlaksanaan projek-projek oleh Kerajaan Persekutuan di Sarawak contohnya pembinaan sekolah, hospital atau projek pembangunan lain, akan dirujuk terdahulu kepada pihak Kerajaan Negeri.

    12. Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (Public Service Commission) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Education Service Commission) bersetuju menurunkan kuasa perlantikan pegawai-pegawai baru kepada suruhanjaya peringkat Negeri.

    13. Kuasa sebagai Traffic Warden diberi kepada pihak kuasa tempatan seperti DBKU dan MBKS.

    Kejayaan lain termasuk persetujuan Kerajaan Persekutuan mengecualikan Sarawak daripada Akta Pembekalan Gas (Gas Supply Act). Ini bermakna pembekalan gas di dalam Sarawak tertakluk kepada undang-undang Negeri Sarawak iaitu Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Gas Distribution Ordinance 2016). The control of gas distribution is now with state government. Dolok Federal govt.

    Kita juga mendapat pesetujuan daripada Kerajaan Presekutuan untuk mengkaji semula "Special Grants" yang merupakan hak-hak istimewa negeri Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

    Pengajian semula atau Review ini termasuk jugak review terhadap kehilangan pendapatan dari cukai cukai import dan ekspot ke atas produk petroleum, duti setem berkaitan tanah dan tuntutan tuntutan lain.

    The above are administrative devolution.

    Namun terdapat beberapa perkara penting lain lagi yang menjadi fokus utama Kerajaan Negeri yang harus kita terus perjuangkan demi mempetahankan hak dan keistimewaan Sarawak. Perkara -perkara tersebut adalah:

    1. Tuntutan terhadap hak hak Sarawak dalam Continental Shelf
    2. Tuntutan Persempadanan Laut Territorial Sea dan Perlombongan Minyak

    Perkara -perkara ini adalah di bawah Fasa Kedua rundingan dan di sini lah rundingan kita pada masa ini yakni hal hal Perlembagaan, sebelum Pilihanraya yang lepas.

    Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) November 2017, DUN telah sebulat suara memberi mandat kepada Kerajaan Negeri untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak berkaitan dengan hak-hak istimewa yang diberikan kepada Negeri Sarawak selaras dengan terma, niat dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 terutama hak-hak atas hasil minyak dan gas negeri Sarawak.

    Ini semua usaha kerajaan negeri Sarawak kita sebelum PRU 14. Ini usaha kedua dua Allahyarham Tok Nan dan KM kita sekarang, Datuk Patinggi Abang Jo. - Facebook Sharifah Hasidah


    Link asal https://www.facebook.com/sharifahhasidah.sayeed/posts/2028081407233305
  • No Comment to " Kerajaan Sarawak Tidak Pernah Berhenti Perjuang MA63 "