• Kerajaan Belum Tetap Tarikh Mansuh GST

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 14 May 2018
    A- A+

    Siaran media yang menyatakan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan serta-merta pada 1 Jun ini dan tiada cukai baharu akan dikenakan sepanjang dua tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan adalah tidak benar.

    Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, pada masa ini kerajaan belum menetapkan tarikh pemansuhan GST.

    "Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi perundangan semasa dengan mengenakan GST seperti yang ditetapkan," katanya.

    Sebelum ini, kenyataan media berhubung pemansuhan GST yang didakwa akan berkuatkuasa pada 1 Jun ini dan tiada cukai baharu akan dikenakan sepanjang dua tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan Belum Tetap Tarikh Mansuh GST "