• Kemenangan Anyi Penting Untuk Rancakkan Pembangunan Kaum Penan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Sunday, 6 May 2018
    A- A+
    Foto Utusan Borneo
    BARAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau menyeru masyarakat Penan di Kampung Akah Patah menyokong calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Baram, Anyi Ngau pada 9 Mei.

    Menurutnya, kemenangan Anyi dan BN amat penting untuk merancakkan pembangunan di kawasan Penan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, semua rancangan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan BN di kawasan Penan di Baram bukan bertujuan untuk menyusahkan, sebaliknya rancangan itu untuk memastikan kaum penan tidak terus ketinggalan.

    “Justeru, komuniti Penan jangan mudah terpedaya dengan hasutan calon pembangkang untuk menolak kemajuan dibawa kerajaan.

    “Pembangkang hanya pandai memburukkan kerajaan namun tidak pernah menyumbang atau membantu untuk membangunkan kaum Penan,”katanya.

    Tambah Dennis, masyarakat Penan memerlukan wakil rakyat BN untuk mewakili hak dan kepentingan mereka.

    "Banyak pembangunan dirancangkan BN khususnya BN Sarawak terbukti memberi manfaat kepada mereka,” ujarnya . – Sarawakiana
  • No Comment to " Kemenangan Anyi Penting Untuk Rancakkan Pembangunan Kaum Penan "