• Kekasih 'Superman' meninggal dunia

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 15 May 2018
    A- A+

    PELAKON filem adiwira Superman, Margot Kidder meninggal dunia pada usia 69 tahun.

    Pelakon itu yang memegang watak sebagai wartawan bernama Lois Lane dalam filem yang diterbitakan pada 1978.

    TMZ melaporkan Margot meninggal dunia di kediamannya di Livingston, Montana di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

    Seorang jurucakap di rumah pengebumian Franzen-Davis di Livingston berkata, punca kematian tidak diketahui.

    Margot berlakon di samping Christopher Reeve yang memegang watak Superman pada 1978, dan tiga sekuel filem berkenaan.

    Pelakon itu sebelum ini secara terbuka berdepan dengan gangguan bipolar sejak 1990an.

    Selepas menempa nama menerusi filem Superman, Margot turut memegang watak utama sebagai Kathy Lutz dalam filem seram The Amityville Horror pada 1979. - Mirror UK/mStar



    Subjects:

  • No Comment to " Kekasih 'Superman' meninggal dunia "