• Kaunter IC Semua Ibu Pejabat JPN Dibuka 9 Mei

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kaunter bahagian Kad Pengenalan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya dan ibu pejabat JPN negeri di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa pada Rabu, 9 Mei 2018.

    Menurut kenyataan JPN pada Rabu, waktu operasi pada hari tersebut adalah bermula 8 pagi hingga 5 petang.

    Orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 03-88807077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my. untuk sebarang pertanyaan lanjut.

    Kerajaan sebelum ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Kaunter IC Semua Ibu Pejabat JPN Dibuka 9 Mei "