• Kadar Premium Tanah Di Sarawak Turun 50 Peratus

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 7 May 2018
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan kadar premium tanah di negeri ini diturunkan sebanyak 50 peratus berkuatkuasa 6 Mei 2018.

    Pejabat Ketua Menteri menerusi satu kenyataan hari ini mengumumkan keputusan itu.

    Menurut kenyataan itu, keputusan penurunan premium bagi Surat Hak Milik Tanah untuk Lot-Lot di skim penempatan semula dan skim pembesaran kampung di seluruh Sarawak bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang terlibat dengan skim-skim tersebut.

    "Dengan keputusan ini, kadar premium ditetapkan sebanyak RM2,500 iaitu penurunan 50% daripada kadar asal RM5,000 se lot berkuatkuasa 6hb Mei 2018," kata kenyataan itu. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kadar Premium Tanah Di Sarawak Turun 50 Peratus "