• Jokowi Promosi Sukan Asia

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 7 May 2018
    A- A+

    JAKARTA – Kerajaan Indonesia menggunakan pendekatan berbeza untuk mempromosikan Sukan Asia ke-18 yang bakal berlangsung di negara itu pada 18 Ogos hingga 2 September depan di Jakarta dan Palembang.

    Ia bermula apabila Presiden Joko Widodo atau Jokowi mengenakan jaket tertera logo Sukan Asia dan pelbagai motif sukan seperti angkat berat, bola keranjang, memanah dan lawan pedang ketika menghadiri pelbagai acara termasuk mesyuarat Kabinet sejak minggu lalu.

    Jokowi membuat ‘promosi’ itu selepas beliau mendapati temasya sukan tersebut masih belum mendapat liputan meluas.

    Susulan itu, kesemua menteri Kabinet merancang untuk memakai jaket Sukan Asia bermula kiraan detik 100 hari menjelang pembukaan acara tersebut.

    “Kami akan mengenakan jaket sama untuk ‘countdown’,” kata Menteri Pelancongan, Arief Yahya.

    Difahamkan, kira-kira 9.5 juta atlet dari 45 negara akan menyertai acara itu. – Antara News

    Subjects:

  • No Comment to " Jokowi Promosi Sukan Asia "