• Jauhi Gunung Marapi

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 7 May 2018
    A- A+

    PADANG - INDONESIA . Status Gunung Marapi di Sumatera Barat masih dalam keadaan waspada selepas ia meletus buat kali terakhir pada 2 Mei lalu.

    Petugas Pos Pengamatan Gunung Api Marapi di Pusat Vulkanologi Mitigasi dan Bencana Geologi (PVBMG), Hartanto Prawiro berkata, pihaknya hingga kini masih melarang pendaki dan orang ramai melakukan sebarang aktiviti dalam radius tiga kilometer dari kawasan terbabit.

    "Larangan masih sama. Jangan melakukan sebarang aktiviti di kawasan ini dan diharap orang ramai tidak panik dengans ebarang perubahan yang berlaku selagi tiada amaran rasmi dikeluarkan," katanya.

    Pada 27 April dan 2 Mei lalu Marapi mengeluarkan asap kelabu setinggi 300 meter dari puncak kawah.

    Gunung berketinggian 2.891 meter itu kali terakhir meletus pada 4 Jun 2017 lalu. - Kompas/Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Jauhi Gunung Marapi "