• Jangan Harapkan DBKU Sahaja Jaga Kecantikan, Kebersihan Kampung

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 5 May 2018
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi menggesa penduduk kampung dan taman perumahan mencari pendekatan untuk mencantikkan kawasan masing-masing.

    Beliau berkata, antara pendekatan yang boleh dipraktikkan termasuk menjalin kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

    "Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada DBKU kerana mereka membantu atas inisiatif penduduk sendiri," katanya ketika berucap semasa Program Gotong Royong anjuran Kejiranan Mesra Taman Intan Bandar Baru Samariang di sini, hari ini.

    Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, dalam aspek kebersihan, penduduk juga tidak sepatutnya bergantung kepada DBKU sahaja sebaliknya memerlukan komitmen masyarakat sendiri.

    "Tanamkan keprihatinan dalam jiwa kita untuk menjaga kebersihan dan mengadakan kempen berkala agar kita hidup dalam persekitaran sihat.

    "Nilai kehidupan kita bergantung kepada kebersihan," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jangan Harapkan DBKU Sahaja Jaga Kecantikan, Kebersihan Kampung "