• Jangan Abai Aspek Kebersihan Di Bazar Ramadan

    Reporter: M. H. W.
    Published: Sunday, 27 May 2018
    A- A+

    SARIKEI - Peniaga diingatkan supaya tidak mengabaikan aspek kebersihan di tapak Bazar Ramadan sepanjang mereka menjalankan perniagaan di bulan Ramadan ini.

    Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datuk Len Talif Salleh berkata, penjagaan kebersihan tersebut bukan sahaja dari segi penyediaan makanan tetapi juga lokasi persekitaran kawasan berniaga.

    “Tiap-tiap tahun kita mengingatkan peniaga untuk menjaga kebersihan makanan serta lokasi tapak sebelum dan selepas meniaga supaya kawasan itu sentiasa bersih.

    “Kita juga ada membuat pemeriksaan dari masa ke semasa bagi memastikan para peniaga mengikut peraturan yang telah ditetapkan,” katanya pada Majlis Perasmian Bazaar Ramadan Sarikei 2018 di sini hari ini.

    Yang turut hadir Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd. Wahab dan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei, Wong Zee Ying

    Menjelas lanjut,katanya, Bazaar Ramadan turut tumpuan masyarakat bukan Islam dan pengunjung luar yang datang ke Sarikei.

    “Aspek kebersihan mesti diberi keutamaan bagi memastikan yang makanan dijual itu bersih dan selamat untuk dimakan.

    “Pada masa yang sama, persekitaran gerai juga harus dijaga dengan rapi, malah lebih penting harga yang dikenakan mestilah berpatutan,”ujarnya.- UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Jangan Abai Aspek Kebersihan Di Bazar Ramadan "