• Impian Penduduk Kampung Temedak Miliki Surau Menjadi Kenyataan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 4 May 2018
    A- A+

    KUCHING: Penantian penduduk Kampung Temdak untuk memiliki surau sendiri selepas majlis pecah tanah dan menentukan arah kiblat dijalankan hari ini.

    Majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

    Beliau berkata, projek yang dibina menerusi peruntukan projek kecil luar bandar (RTP) itu dianggarkan bernilai RM500,000.

    Menurutnya, projek yang diselenggara Jabatan Kerja Raya (JKR) itu akan memberi manfaat kepada penduduk kampung terbabit.

    "Apabila siap nanti, surau ini akan memberi manfaat kepada penduduk kampung bukan sahaja sebagai tempat beribadat tetapi juga tempat penyatuan masyarakat," katanya.

    Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti berkata, surau amat penting kerana dapat menyatupadukan masyarakat yang harmoni.

    "Golongan belia juga dapat menjalankan aktiviti mereka," ujarnya.

    Selain projek surau tersebut katanya, pelbagai projek pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat kampung yang dirangka akan dilaksanakan pada masa akan datang.-Sarawakiana






  • No Comment to " Impian Penduduk Kampung Temedak Miliki Surau Menjadi Kenyataan "