• Impian Penduduk Kampung Belungei Miliki Dewan Sendiri Menjadi Kenyataan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+

    LUNDU: Penduduk Kampung Belungei kini boleh menjalankan aktiviti riadah dan kemasyarakatan secara lebih efisien selepas dewan yang menjadi impian mereka siap sepenuhnya.

    Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dewan tersebut dibina dengan kos RM698,094.

    "Alhamdulillah, hasrat penduduk Kampung Belungei untuk memiliki dewan sendiri menjadi akhirnya menjadi kenyataan," katanya ketika merasmikan dewan Kampung Belungei hari ini.


    Menurut Wan Junaidi lagi, selepas ini pelbagai infrastruktur tambahan seperti gelanggang futsal dan kawasan riadah akan dibina di Kampung Belungei.

    "Ia adalah usaha kita untuk memastikan penduduk termasuk di sini (Kampung Belungei) merasai nikmat pembangunan disalurkan kerajaan BN," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Impian Penduduk Kampung Belungei Miliki Dewan Sendiri Menjadi Kenyataan "