• Igan Akan Memiliki Kompleks Pertanian Baharu

    Reporter: Anyin Ayeng
    Published: Monday, 7 May 2018
    A- A+


    IGAN : Parlimen Igan berpotensi besar sebagai penyumbang hasil pertanian negeri pada masa hadapan.

     Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perlu adanya infrastruktur yang akan mengurustadbir pertanian kawasan ini dengan lebih teratur dan mempraktikkan teknologi terkini untuk menambah hasil pertanian.

     “Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 5 juta untuk membina kompleks pertanian di Igan.

     “Pertanian hari ini sudah bertukar dengan cara baru dan teknologi tersebut mampu meningkatkan hasil pertanian berlipat kali ganda.

     “Pada masa sama saya bertegas agar sektor pertanian di sini di libatkan dengan teknologi yang berteraskan ekonomi digital,” katanya ketika berucap di hadapan masyarakat Parlimen Igan semalam

     Katanya lagi, kawasan Matu turut diluluskan peruntukkan RM 5 juta untuk membina pejabat daerah baru sepertimana siapnya pejabat daerah Daro.

     “Bukan sekadar itu sahaja, kerajaan menyedari masalah air turut menyelubungi kawasan Igan seperti kawasan pesisir lain.

     “Oleh itu, kerajaan melaksanakan projek air bergrid negeri untuk menyalur bekalan air bersih ke seluruh negeri. “Projek tersebut menelan kos sebanyak RM 8 bilion bagi merealisasikan impian seluruh rakyat negeri ini untuk mendapat bekalan air bersih,” ujarnya lagi.
  • No Comment to " Igan Akan Memiliki Kompleks Pertanian Baharu "