• Hasrat 2 PATI Bawa Motosikal Curi Tidak Kesampaian

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+

    BAU: Hasrat dua lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk membawa motosikal curi ke Indonesia tidak kesampaian apabila berjaya ditahan pasukan tentera dari Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu DiRaja (13 RAMD) yang melaksanakan Op SERKAP di Kampung Serikin pagi tadi.

    Menurut jurucakap 13 RAMD, pada jam 9.40 pagi, sepasukan lima anggota 13RAMD yang sedang berkawal telah berjaya mengesan dan menahan dua orang dalam keadaan mencurigakan menaiki dua buah motosikal.

    "Hasil siasatan mendapati suspek masing-masing berumur 24 dan 23 tahun berasal dari Indonesia tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

    "Turut dirampas dua buah motosikal jenis Yamaha beserta peralatan yang percayai untuk mencuri," ujarnya

    Suspek diserahkan kepada Balai Polis Daerah Bau untuk tindakan selanjutnya. -Sarawakiana
  • No Comment to " Hasrat 2 PATI Bawa Motosikal Curi Tidak Kesampaian "