• Harga runcit petrol dan diesel tidak berubah

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini kekal, menjadikan harganya tidak berubah untuk minggu ketujuh berturut-turut.

    Harga runcit petrol RON95 bagi tempoh 3 Mei hingga 9 Mei ialah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.47 seliter) manakala harga diesel RM2.18 seliter.

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam laman sesawangnya hari ini menyatakan, harga runcit berkenaan tidak berubah sejak 22 Mac lepas.

    Mekanisme penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun lalu.

    Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Dis 2014 berikutan penghapusan subsidi minyak. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Harga runcit petrol dan diesel tidak berubah "