• Hak Milik Srata Untuk Penduduk Taman Flora - Dr Sim

    Reporter: Anyin Ayeng
    Published: Saturday, 5 May 2018
    A- A+

    KUCHING : Penduduk Taman Flora akan mendapat hak milik rumah dalam masa terdekat ini.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berasa gembira apabila pihak Perbadanan Pembangunan Perumahan berjaya menyelesaikan isu hak milik SRATA penduduk perumahan tersebut.

    “Sesetengah penduduk telah mendiami perumahan tersebut sejak tahun 1999. 

    “Tanpa memiliki hak milik tersebut, penduduk tidak dapat menjual, morgage dan meminjam wang daripada bank,” katanya pada Majlis Perhimpunan bersama penduduk perumahan petang semalam.

    Beliau berkata untuk melaksanakan urusan tersebut, proses menyukat perlu dilakukan dan ianya memerlukan kos yang tinggi.

     “Masalahnya penduduk tidak mampu menampung kos menyukat tersebut.

    “Dengan ini, penduduk tidak perlu risau kerana kerajaan negeri menampung kos tersebut,” ujarnya

    Dr Sim yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P.196 Stampin memberitahu, ketika ini pihak HDC akan melakukan kerja menyukat bermula pada bulan hadapan.

    “HDC memastikan setiap sukatan sepertimana keadaan rumah dalam bentuk asal bagi memudahkan hak milik SRATA dilakukan dengan cepat,” katnaya

    Taman Flora memiliki 18 blok bangunan yang telah pun didiami oleh penduduk sejak tahun 1999. - Sarawakiana


  • No Comment to " Hak Milik Srata Untuk Penduduk Taman Flora - Dr Sim "