• Gambar Beg Tangan Dari Serbuan 1MDB? Itu Milik Kami – laman beli-belah

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 21 May 2018
    A- A+

    Tulisan asal oleh:
    Free Malaysia Today, 20 Mei 2018

    PETALING JAYA: Gambar yang menunjukkan barisan beg tangan mewah yang tersebar meluas di dalam media sosial bukanlah dari serbuan oleh polis berkaitan 1MDB sejak seminggu lalu – tetapi diambil dari laman web beli-belah.

    http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2018/05/birkin-handbags-singapore-gd-3.jpg

    “Shopfirstluxury”, sebuah kedai menjual barangan mewah di Singapura membuat aduan mengenai penggunaan gambarnya dalam satu catatan di Instagram dan menggesa orang ramai untuk berhenti mengaitkan gambar itu dengan kes tersebut.

    Blog The Sarawak Report juga turut menggunakan gambar tersebut, dan mengaitkannya dengan rampasan beg tangan Hermes Birkin dalam satu serbuan polis ke atas 3 pangsapuri mewah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, minggu lalu.

    Pengendali “shopfirstluxury” berkata: “ Saya tidak tahu bila dan bagaimana ia bermula awal minggu ini, kawan warga Malaysia saya yang memberitahu saya tentang beberapa saluran berita dalam talian Malaysia menggunakan gambar saya dalam berita mereka.

    “Kami cuba menghubungi beberapa saluran berita tetapi nampaknya tidak mendapat sebarang respons dan kini ia telah tersebar ke Indonesia.

    “Jika ada yang menerima gambar tersebut, tolong jangan sebarkannya lagi menggunakan gambar ini. Pelanggan saya yang mengunjungi bilik pameran lama saya tahu dengan tepat bila gambar ini diambil.

    “Dalam era penyebaran maklumat yang pantas ini, kita perlu menjadi pembaca berita yang bertanggungjawab, dan berfikir dua kali sebelum berkongsi maklumat dengan kawan-kawan dan keluarga.”

    Star Online sebelum ini telah melaporkan satu lagi gambar, yang menunjukkan 6 utas jam tangan Rolex, yang tersebar meluas dalam laman media sosial Pinterest, dan satu lagi beg yang dipenuhi wang tunai Dolar Amerika, adalah dari satu kes rompakan pada Jun 2016 yang berlaku di Amerika Syarikat.

    Pada 18 Mei, polis merampas hampir 300 beg tangan dan juga 72 buah beg berisi wang tunai, jam tangan dan barang kemas dari 3 pangsapuri di Pavillion Residences.

    Tulisan asal oleh:
    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/05/20/1mdb-raid-handbag-photos-theyre-ours-says-shopping-site/

    Subjects:

  • No Comment to " Gambar Beg Tangan Dari Serbuan 1MDB? Itu Milik Kami – laman beli-belah "