• Gaji Jemaah Menteri Dikurangkan 10 Peratus

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 23 May 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan gaji jemaah menteri dikurangkan sebanyak 10 peratus berkuat kuasa serta merta.

    "Ia merupakan keputusan hasil mesyuarat pertama Kabinet yang diadakan di Perdana Putra di sini hari ini, di mana jemaah menteri bersetuju gaji dikurangkan sebanyak 10 peratus.

    "Ini menunjukkan kita prihatin terhadap masalah kewangan negara," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu," katanya. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Gaji Jemaah Menteri Dikurangkan 10 Peratus "