• Gadis Jatuh Cinta Dengan Lelaki Yang Membelinya

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 1 May 2018
    A- A+

    SEORANG gadis yang berusia 20 tahun yang menggadai daranya pada harga RM5.4 juta semata-mata kerana mahu melancong dan membuka perniagaan sendiri, kini mengaku telah jatuh cinta kepada lelaki yang membelinya itu.

    Jasmine, 20, dari Paris, pada mulanya mahu mengekalkan daranya sehinggalah dia berkahwin namun memutuskan untuk menerima tawaran tersebut kerana ditawarkan wang yang banyak.

    Daranya itu dijual kepada seorang pakar perbankan Wall Street yang sudah berusia tapi bijak dan berjaya dari New York. Lelaki itu menewaskan pesaingnya dari Los Angeles dan taikun hartanah dari Munich.

    Selepas melalui pengalaman seks itu, Jasmine berkata dia tidak menyesal dan kedua-duanya mula berdating serta menjalinkan hubungan romantik.

    “Saya gembira kerana telah menjual dara saya dan bertemu dengan pelanggan saya. Saya sedikit gementar tapi akhirnya saya sukakan dia. Dia seorang yang budiman dan menjaga saya.

    “Terlalu awal untuk bercakap mengenai cinta. Kami sukakan satu sama lain dan kita lihat sahaja apa yang akan berlaku,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Gadis Jatuh Cinta Dengan Lelaki Yang Membelinya "