• Ekonomi Digital Jadi Teras Bangunkan Sarawak

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 15 May 2018
    A- A+


    KUCHING: Ekonomi digital akan menjadi teras utama kerajaan negeri untuk membangunkan Sarawak selari dengan kemajuan dalam bidang teknologi hari ini.

    Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, perkara itu perlu diberi penekanan kerana semua urusan pada masa ini lebih menjurus menggunakan teknologi maklumat (IT).

    Katanya, jika tidak berubah sudah pasti Sarawak akan ketinggalan berbanding negara maju lain yang sudah lama mengaplikasikan ekonomi digital.

    “Justeru, pengenalan ekonomi digital di Sarawak amat bertepatan sekali selari dengan usaha untuk terus melonjakkan ekonomi negeri,” katanya berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo(BCCK) di sini sebentar tadi.

    Menjelas lanjut, katanya, penubuhan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) mencerminkan usaha kerajaan negeri untuk terus memperkasa ekonomi Sarawak.

    “Kita mempunyai banyak sumber yang boleh diterokai seperti minyak dan gas yang membantu memacu pertumbuhan ekonomi.

    “Pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) akan tetap dilaksanakan biarpun terdapat kekangan daripada pihak tertentu yang mempertikaikan usaha kerajaan ini demi kepentingan rakyat,” ujarnya.

    - UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Ekonomi Digital Jadi Teras Bangunkan Sarawak "